Rangkaian Institusi Pendidikan Hira'

Sekolah Rendah Islam Hira'

Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRIH) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan berpindah ke Kg. Batu Belah Klang pada 1987 hingga sekarang. SRIH telah berdaftar dengan JAIS pada tahun 1993 (No:002/1dibawah Enakmen no .2 1988) dan dengan KPM pada tahun 1999 (No: Sel/ 1694/ 99) Baru (B1C 0039). Pada tahun 2003, sekali lagi SRIH telah didaftarkan semula dengan JAIS dengan pendaftaran sementara di bawah Enakmen No.2 1988 Pindaan No.7 2001. SRIH menjalankan sistem pendidikan bersepadu dengan KBSR dan kurikulum diniyyah (MGBSIM/MUSLEH) serta Kurikulum Bersepadu Hira’.

SRIH mula mengambil UPSR pada tahun 1995 hingga sekarang . Dalam bidang ko-kurikulum murid tahap 2 diwajibkan mengikuti pakaian seragam Pergerakan Syabab Fatayat Malaysia ( MGBSIM ) dan boleh memilih untuk terlibat dalam persatuan dan kelab seperti Kelab Nasyid dan Kompang, Tae Kwan do dan Silat Gayong.

Sekolah Menengah Islam Hira’

Sekolah Menengah Islam Hira’ (SMIH atau SMIHira') telah ditubuhkan pada bulan Disember 1991, bertempat di Batu Belah, Klang. Pada ketika itu, hanya terdapat 50 orang dengan enam orang pengajar. Kini pertambahan pelajar telah meningkat kepada 415 orang di sekitar Lembah Klang dengan 42 orang tenaga pengajar.

Sekolah Menengah Islam Hira’ sejak diwujudkan telah mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat Islam untuk menampung jumlah pelajar yang bertambah pada sesi 1998. Pada Disember 1998, Sekolah Menengah Islam Hira’ telah berpindah ke premis baru di Jeram, Kuala Selangor.

Sekolah Menengah Islam Hira’ merupakan sebuah institusi lanjutan daripada Sekolah Rendah Islam Hira’. Ianya mula beroperasi melalui pengambilan pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Permintaan dari pelajar-pelajar baru semakin bertambah pada setiap tahun, namun kuantiti kemasukan terpaksa dihadkan demi memastikan faktor-faktor keberkesanan pengajaran, pembelajaran, pendidikan dan dengan mengambil kira jumlah ruang yang terhad. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Islam telah menerima sistem pendidikan Islam bersepadu yang diterajui oleh SMI Hira’.

Sekolah Menengah Islam Hira’ telah menjalankan sistem Pendidikan Islam Bersepadu dengan KBSM dan kurikulum Diniyyah (MUSLEH). SMIH telah beroperasi secara sekolah berasrama penuh pada tahun 1999 di Jeram. Pendidikan di SMIH bermula dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Selepas PMR, pelajar di tingkatan empat meneruskan pengajian dalam dua aliran samada aliran sains agama atau syariah vokasional sebelum menduduki peperiksaan SPM.

Dalam bidang ko-kurikulum, pelajar diwajibkan mengikuti sistem mentor menti, aktiviti pakaian seragam Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRSM) dan boleh memilih untuk menyertai apa-apa persatuan dan kelab seperti Persatuan Bahasa, Kelab Nasyid, Tae Kwan Do, Silat Gayong dan sebagainya.

Maahad Tahfiz Al-Qur'an Hira'